
KOPPA berjaya melangsungkan Mesyuarat Agung Permulaan bagi mendapatkan mandat daripada anggota untuk menguruskan pendaftaran dan membentuk undang-undang kecil koperasi.

Penubuhan ahli jawatankuasa penaja koperasi.
Pendaftaran Koperasi Pembangunan Keusahawan dan Pemimpin Antarabangsa (KOPPA) di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Pada 24 Mei 2023, Koperasi Pembangunan Keusahawan dan Pemimpin Antarabangsa (KOPPA) telah didaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan No. Daftar 202359502228 di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993. Initiaitif ini ditubuhkan untuk mengingkatkan kemahiran usahawan dan kepimpinan melalui ‘mentorship’ yang berkesan.
Fungsi KOPPA ialah perkhidmatan
Antara perkhidmatan yang ditawarkan:
Menjalankan aktiviti berikut:
Menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota;
Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar,memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
Melaburkan wang berlebihan di dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta Koperasi 1993;
Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta Koperasi 1993 dengan kelulusan Suruhanjaya; dan
Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.
Program ini memberi peluang kepada usahawan baharu untuk memulakan perniagaan mereka melalui bimbingan intensif dan bimbingan daripada pakar berpengalaman, membolehkan mereka memulakan perniagaan mereka seterusnya membangunkan ekonomi global.
Mewujudkan koperasi yang menjadi pemacu bagi pertumbuhan dan pembangunan perniagaan yang mampan dan bertanggungjawab sosial di seluruh dunia dengan mempromosikan keusahawanan dan pembangunan kepimpinan antarabangsa.
Menganjurkan dasar dan inisiatif yang menyokong keusahawanan dan pembangunan kepimpinan antarabangsa.